Jumaat, 26 September 2014

PUNCA TOKSIN DALAM BADAN



1. Pencemaran udara.
2. Makan makanan segera kerana mengandungi zat kimia yang tidak baik untuk badan seperti pengawet, pewarna, perisa, dan sebagainya.
3. Hasil pertanian yang beracun (insektisid, fungisid, herbisid).
4. Tabiat buruk seperti merokok, makan tidak teratur/bersih, makanan terlalu panas atau sejuk, terlalu masam, dan lain-lain.
5. Ubat-ubatan kimia, kerana mempunyai kesan sampingan merosakkan organ dan micro-organisma baik dalam sistem badan.

Isnin, 22 September 2014

MENGAPA PERLU MENGAMALKAN BEKAM??

Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.

 Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, panas baran,stress, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.

Selasa, 22 Julai 2014

SEJARAH BEKAM

Bekam (Al-Hijamah) sudah dikenali sejak zaman kerajaan Sumeria lagi, kemudian ianya berkembang sampai ke Babylon, Mesir, Saba, dan Parsi. Pada zaman Rasulullah, baginda menggunakan kaca berupa cawan atau mangkuk yang tinggi. Pada zaman China kuno, mereka menyebut bekam sebagai "Rawatan Tanduk" kerana tanduk menggantikan kaca. Pada kurun ke-18, orang-orang Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk berbekam. Kini kaedah berbekam telah dimodifikasi dengan sempurna menggunakan alat-alat yang moden dan praktikal yang dikenali sebagai Bekam Inovatif.