Bekam (Al-Hijamah) sudah dikenali sejak zaman
kerajaan Sumeria lagi, kemudian ianya berkembang sampai ke Babylon, Mesir,
Saba, dan Parsi. Pada zaman Rasulullah, baginda menggunakan kaca berupa cawan
atau mangkuk yang tinggi. Pada zaman China kuno, mereka menyebut bekam sebagai
"Rawatan Tanduk" kerana tanduk menggantikan kaca. Pada kurun ke-18,
orang-orang Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk berbekam. Kini kaedah
berbekam telah dimodifikasi dengan sempurna menggunakan alat-alat yang moden
dan praktikal yang dikenali sebagai Bekam Inovatif.
